Kisah 7 hari Sebelum wafat Rasulullah SAW

Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali
dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau
dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan
segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw
memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra.
menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing".
Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga
pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil
bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal
duluan sebelum aku?"
Sambil
bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai
Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain".
Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada
malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang
menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah
mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah
Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah
memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar
boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah,
beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib
menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh
menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan
untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam
posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa
pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan
umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib
berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua
hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada
kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali
disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang
menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai
imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah
solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat.
Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh
bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah
sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu
rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar
Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat
kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para
sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir
Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan
sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah
saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat
datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu
kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan
untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.
"Pertama, Rasulullah
membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya
sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun
ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah
dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang
kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama
dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah
engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)?
'. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H
Di saat-saat terakhir, datang
Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak
(kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat
Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya
tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk
bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan
meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan
bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui
ajal.
Setelah selesai bersugi,
Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan
hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;
مع الذين أنعمت عليهم من النبيين
والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق
الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق
الأعلى ..
Ertinya:
"Sebagaimana orang-orang yang
telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang
jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku,
sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha
Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah,
Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi
..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
"Sesungguhnya kematian itu akan
menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang
Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin
mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati!
Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas bin Malik mengisahkan,
"Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan
Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram
daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ".
0 comments:
Post a Comment